By: Zaim Ibrahim (Astro Awani)
April 05, 2018 17:33 MYT

KUALA LUMPUR: Pasukan dari Malaysia, The Pine, berjaya mengharumkan nama negara apabila muncul juara Imagine Cup 2018 peringkat Asia anjuran Microsoft Corporation di ibu negara.

Hasil ciptaan alat pengesan kualiti buah nanas oleh tiga pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) itu, berjaya menjulang nama Malaysia lebih-lebih lagi apabila negara ini menjadi tuan rumah buat kali eprtama dalam edisi kedua kejohanan tersebut.

Menurut ketua pasukan, Tan Peng Yit, idea penciptaan alat pengesan kualiti buah nanas merupakan idea bersama pensyarahnya ketika menjalani projek akhir tahun.

“Kebiasaannya, buah nanas dipotong untuk menilai tahap kualiti.

“Penggunaan alat ini mampu memudahkan petani untuk menilai kualiti buah nanas dengan mudah dan pantas, serta mengurangkan pembaziran buah yang dipotong,” kata beliau ketika ditemu bual Astro AWANI selepas diumumkan sebagai juara.

Bagi rakan sepasukannya, Yap Xien Yin, kemenangan itu menjadi suntikan semangat kepada mereka untuk mencipta sejarah di Amerika Syarikat (AS).

“Kami tidak sabar untuk bertanding di AS. Ciptaan ini juga akan ditambah baik kerana di AS, kami akan membawa projek yang sama dan menyasarkan untuk berada pada kedudukan tiga teratas,” ujarnya.

Pasukan negara akan bersaing dalam kejuaraan dunia pada bulan Julai ini serta membawa pulang sebuah piala dan wang berjumlah AS$3,000 (RM11,600).

Imagine Cup merupakan satu kejohanan teknologi dan inovasi yang terdiri daripada pelajar universiti dan dipertandingkan di setiap benua sebelum berentap ke kejohanan dunia di Seattle, AS.

Artikel asal disini
Kredit: Astro Awani

Load More By admin
Load More In Highlight

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

MyIoT – IoT Empowering Rail Industry